Pencapaian SPM meningkat di Kedah

Iklan
Abd Aziz (enam, kanan) bersama calon memperolehi pencapaian cemerlang tertinggi dan calon istimewa.

KUBANG PASU - Keputusan peperiksaan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Kedah meningkat 0.02 dengan Gred Purata Negeri (GPN) 5.05 berbanding 5.07 pada 2017.

Pengarah Pendidikan Kedah, Abd Aziz Selaiman berkata, seramai 378 calon memperolehi keputusan cemerlang A bagi semua mata pelajaran diduduki daripada keseluruhan 32,003 calon yang menduduki SPM tahun lepas.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, daripada jumlah itu, tujuh calon memperolehi pencapaian cemerlang tertinggi iaitu 11A+ dan 10A+.

"Lima calon, iaitu Ooi Shi Ern dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keat Hwa, Ng Wen Jia (SMK Dato Bijaya Setia), Ng Woon Yee, Beh Qian Jun dan Khong Yi Fei (SMK Sin Min) memperolehi 11A+ dalam peperiksaan tersebut.

Iklan

"Manakala, dua lagi pelajar, M Kayalvili (SMK Kulim) dan Arminder Singh (SMK Sultan Badlishah) mendapat 10A+," katanya ketika membuat pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2018 di Sekolah Menengah (SM) Sains Kubang Pasu, di sini, semalam.

Abd Aziz berkata, lima calon istimewa, Aida Solehah Ahmad Fauzi, Tan Ying Sing, Nur Adila Anizam dan Muhammad Amirul Asyraf A Ghaman turut mencatatkan keputusan cemerlang bagu semua mata pelajaran diambil.

Iklan

Katanya, analisis keputusan SPM 2018 berdasarkan GPN Kedah menunjukkan pencapaian calon luar bandar meningkat kepada 5.41 pada 2018 berbanding 5.49 pada 2017.

Menurut beliau, pencapaian calon bandar mengikut GPN ialah 4.70 pada 2018 berbanding 4.66 pada tahun sebelumnya.

Katanya, sebanyak 13 sekolah memperoleh pencapaian sekolah cemerlang dengan gred purata di bawah 3.0 seperti SM Sains Kubang Pasu, SMK Sultanah Asma, SM Sains Sultan Mohamad Jiwa dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sultan Mohamad Jiwa.

"Antara lain, SMK Sin Min Sungai Petani, SM Sains Pokok Sena, SM Sultan Abd Halim, SMK Datuk Syed Ahmad, SMK Sultan Badlishah, SMK Taman Jelutong, SMK Jitra, SMK Kheat Hwa 1 dan SMK Ibrahim," katanya .

Manakala, katanya, lima sekolah,iaitu SM Akademik Islam Darul Aman, Maktab Mahmud Langkawi, SMK Ayer Puteh Dalam,SMK Kubang Rotan dan SMK Yan memperoleh peningkatan Gred Purata 0.75 dan ke atas (Lonjakan Saujana).

Menurut Abd Aziz, pretasi pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) untuk subjek Sejarah menunjukkan peningkatan tertinggi sebanyak 0.23, iaitu daripada 5.39 pada 2017 kepada 5.16 pada 2018.

Beliau berkata, terdapat 64 sekolah pula melepasi pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) 4.95 daripada 200 sekolah.