KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju melonggarkan kaedah perolehan untuk usaha pemulihan banjir tahun ini, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, peruntukan awal RM100 juta telah disediakan untuk usaha pemulihan pascabanjir, termasuk pembersihan dan pembaikan kawasan perumahan dan infrastruktur awam.
Iklan
Iklan
"Bagi menyegerakan dan memudahcara pelaksanaan kerja pemulihan pascabanjir, Kementerian Kewangan (MOF) pada 21 Disember 2021 telah mengeluarkan garis panduan berhubung kelonggaran kaedah perolehan untuk kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang rosak akibat banjir,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sehubungan dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, MOF juga berkongsi laporan yang telah dikemaskinikan bagi beberapa peruntukan dan langkah-langkah tambahan yang telah diambil oleh kerajaan bagi menangani impak bencana banjir.- Bernama