KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan akan berlakunya luruan monsun pada esok hingga 2 Januari tahun depan dan pada masa sama, terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan.
Menurut hantaran di Facebook rasmi MetMalaysia Ahad, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah pada 27 Disember hingga 2 Januari dan di barat Sarawak pada 29 hingga 31 Disember ini.