SPM 2018: GPN Melaka meningkat

Iklan

MELAKA TENGAH - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 bagi negeri ini mencatatkan peningkatan sebanyak 0.04 Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 4.96 berbanding 5.00 pada tahun 2017.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, seramai 10.203 bersamaan 87.8 peratus calon layak mendapat sijil lulus daripada 12,371 orang yang menduduki peperiksaan itu pada dua tahun lalu sekali gus menunjukkan peningkatan 8 peratus.

Iklan
Iklan

Menurutnya, 227 calon mewakili 1.95 peratus telah memperolehi gred cemerlang A dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 280 orang dengan 2.26 peratus yang mendapat gred itu pada 2017.

Bagaimanapun katanya, jumlah calon yang mendapat gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran juga menurun dari sembilan orang, pada 2017 kepada enam calon iaitu tiga calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi ST.David dan seorang calon masing-masing dari Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, SMK Perempuan Methodist dan SMK Notre Dame Convent.

Iklan

"Hampir 98.6 peratus sekolah yang mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) lebih baik dari 6.75 dan menggambarkan Jabatan Pendidikan negeri telah melaksanakan tugas dengan baik dalam bidang pendidikan.

"Tujuh mata pelajaran teras termasuk bahasa Melayu dan Pendidikan Islam trurut mencatatkan peratus lulus melebihi 79 peratus dan kesemua mata pelajaran mengatasi nasional, sekali gus secara keseluruhannya Melaka menunjukkan pencapaian yang membanggakan," katanya.

Iklan

Abu Bakar berkata demikian ketika sidang media berhubung keputusan rasmi peperiksaan SPM 2018 sekolah-sekolah di negeri ini di Jabatan Pendidikan negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Mohd Rashid Mohd Sidek.

Jelas Abu Bakar, 18 buah sekolah telah mencapai keputusan 100 peratus layak selain dua buah sekolah dikategorikan cemerlang, 21 buah sekolah kategori baik manakala sebuah sekolah dalam ketegori berpotensi.