KUANTAN - Seorang lelaki yang dilapor hilang dalam kejadian banjir di Kampung Tanjung, Karak dekat sini Isnin lepas (20 Disember), ditemukan maut di kawasan timbunan sisa kayu hari ini, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani.
Beliau berkata, mayat K Barathan, 28, ditemukan pada 10.40 pagi oleh orang awam kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi dia dilapor hilang.