THAILAND mengesahkan slot perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2020 selepas menyingkirkan penyandang juara Vietnam, 2-0 secara agregat selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan timbal balik kedua di Stadium Nasional, pada Ahad.
Pemain Naga Emas mendominasi penguasaan bola tetapi gagal menembusi pertahanan kental Gajah Perang, yang hanya melepaskan satu gol dalam enam perlawanan dalam perjalanan ke pentas final.
Iklan
Iklan
Kemaraan ke perlawanan akhir itu menyaksikan Gajah Perang akan berentap menentang Indonesia dalam perlawanan akhir bagi merebut status Raja Bola Sepak Asia Tenggara.
Skuad Garuda terlebih dahulu mengesahkan tiket ke perlawanan akhir selepas mengetepikan juara empat kali yang juga tuan rumah, Singapura 5-3 secara agregat di venue sama pada Sabtu.
Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo membuat lima pertukaran pemain dari perlawanan pertama menyaksikan pasukannya melakukan banyak tekanan ketika berusaha untuk merapatkan defisit dua gol.
Namun pertahanan Thailand ternyata kental memberikan sedikit ruang walaupun kehilangan penjaga gol Chatchai Bootprom pada minit ke-31 yang terpaksa diganti selepas dia cedera bertembung dengan Nguyen Tien Linh.
Artikel Berkaitan