PDRM nafi dakwaan halang sambutan Krismas

Iklan
Anggota dari IPD Dang Wangi dibantu oleh anggota PGA yang didakwa menghalang sambutan Krismas dalam sebuah klip video tular.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan menghalang sambutan perayaan Krismas seperti yang didakwa dalam satu video berdurasi satu minit 34 saat yang dikesan dimuat naik di aplikasi TikTok pada Ahad.

Klip video tersebut memaparkan anggota polis bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) mengawal keadaan di hadapan sebuah pusat beli-belah di sekitar Bukit Bintang di sini yang dikerumuni orang ramai pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya menafikan dakwaan dibuat dalam video tersebut oleh pemilik akaun TikTok bernama @jamalali866 yang mendakwa pihak polis dan tentera menghalang sambutan Krismas.

"PDRM ingin menjelaskan bahawa malam sambutan Krismas pada 24 Disember (Jumaat), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah menjalankan penugasan rondaan keselamatan di lokasi tumpuan orang ramai.

Iklan

This browser does not support the video element.

"Penugasan tersebut bagi penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) bukannya pasukan tentera seperti dinyatakan dalam video tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Noor Dellhan berkata, pasukan pematuhan digerakkan ke lokasi tumpuan untuk mencegah sebarang aktiviti yang menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan SOP.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

"Kegagalan mematuhi SOP ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa," ujarnya.