Mana ejen insurans aku ini...?

Iklan
Pemilik kenderaan perlu berhati-hati dalam membuat urusan dengan pihak ketiga, agar tidak tertipu dan dinafikan hak tuntutan dengan syarikat insurans. - Foto Bernama

BARU-BARU ini, penulis dihubungi seorang mangsa banjir yang ingin mendapatkan nombor telefon ejen insurans yang sering dihubunginya tetapi ejen insurans berkenaan gagal dihubungi melalui Twitter, WhatsApp dan Facebook.

Akhirnya mangsa banjir itu disaran menghubungi terus talian hotline syarikat insurans tersebut, yang pastinya dijawab oleh mesin operator yang begitu ramah mengulangi percakapannya.

Iklan
Iklan

Dikenali dengan nama Ahmad, dia antara puluhan ribu mangsa banjir yang mengalami kerugian setelah kereta Protonnya rosak ditenggelami air banjir.

Nasib baik, dia memiliki polisi perlindungan bencana alam yang merangkumi tuntutan disebabkan banjir, tanah runtuh dan ribut. Hanya dia bimbang tuntutannya mungkin akan hilang jika tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh syarikat insurans.

Iklan

Penjelasan prosedur daripada ejen insurans penting sebagai orang pengantara bagi membantu memudahkan orang ramai membuat tuntutan.

Berikut adalah langkah yang perlu dilaksanakan dalam membuat tuntutan perlindungan tambahan bencana alam atau dalam istilah insuransnya, special perils cover atau perlindungan peril khas.

Iklan

Antaranya perlu mengumpulkan seberapa banyak bukti seperti gambar atau visual dan dapatkan dokumen sokongan.

Mangsa banjir juga perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam dan kemudian serahkan borang tuntutan kepada syarikat insurans. Pihak syarikat insurans pula akan memastikan bengkel yang sah atau panel untuk mangsa menghantar kenderaan untuk diperbaiki.

Ketika ini selepas air banjir surut, banyak kereta penunda menghulurkan bantuan untuk menarik kenderaan tersadai dengan mengakui mereka adalah ejen yang sah.

Sehubungan itu, pemilik kenderaan perlu berhati-hati dalam membuat urusan dengan pihak ketiga, agar tidak tertipu dan dinafikan hak tuntutan dengan syarikat insurans jika berlaku kesilapan.