KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,836,859 individu atau 97.6 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Isnin.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sebanyak 23,135,883 individu atau 98.9 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Iklan
Iklan
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.2 peratus atau 2,745,665 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,840,018 atau 90.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 64,283 dos vaksin telah diberikan melibatkan 62,022 dos penggalak dengan 1,411 lengkap dos dan 850 dos pertama.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 56,814,549 dos dengan 5,452,251 daripadanya adalah dos penggalak. - Bernama
Artikel Berkaitan