Paras air Sungai Beranang meningkat, masih selamat

Iklan
Pihak bomba mendapati paras air Sungai Beranang, di sini mengalami peningkatan, namun ia masih berada pada paras selamat.

SEMENYIH - Paras Sungai Beranang, di sini menunjukkan peningkatan setakat tengah malam Ahad.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, seramai enam orang anggota berlainan pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih ke lokasi pada jam 12.08 tengah malam Isnin untuk memantau sungai tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, terdapat peningkatan pada paras air tetapi masih berada pada tahap selamat.

"Tiada hujan di lokasi dan pemantauan masih diteruskan," katanya pada Isnin.

Iklan
Iklan