CLF 2.0 bawa tema “Memperkasa Diri Sendiri, Memperkasa Orang Lain”

Iklan

Charity Learning Festival 2.0 mempertingkatkan kesedaran pembelajaran amal jariah

PETALING JAYA - Bagaimana kita boleh menyediakan pendidikan, kemahiran dan perkerjaan untuk 1 bilion orang pada tahun 2030? Menurut World Economic Forum, kemahiran semula dan peningkatan kemahiran mempunyai permintaan yang tinggi dan adalan trend semasa untuk pembangunan dunia.

Charity Learning Festival 2.0 (CLF 2.0) adalah temasya pembelajaran amal jariah untuk mempertingkatkan kesedaran menyokong aktiviti pemberian geran amal jariah untuk golongan memerlukan, mereka tersisir dan kelompok kurang bernasib baik, kerana pandemik Covid -19 dan lain-lain musibah.CLF 2.0 adalah program kedua dan diadakan pada julung kalinya pada tahun 2020 ditaja oleh ReSkills Malaysia. CLF 2.0 akan diadakan serentak di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan juga India.

Iklan
Iklan

CLF 2.0 merupakan ekosistem soleh Pemerkasaan Komuniti tiga serampang.

Iklan

Pertama, orang ramai akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran baharu melalui pembelajaran OnLIVE yang dibawa oleh ReSkills.

Individu-individu boleh memperkasakan diri sendiri dengan pelbagai program pengkayaan pembelajaran kendiri, termasuk golongan kurang bernasib baik yang bakal mempertingkatakan kehidupan mereka.

Iklan

Kedua, bagi setiap orang yang melanggan akaun percuma enam bulan pembelajaran OnLive dengan ReSkills, ReSkills akan memadankan penyertaan tersebut dengan derma sebanyak USD1 bagi setiap penyertaan.

Oleh itu, pelbagai organisasi amal jariah akan menikmati kelebihan kerana memperolehi pembiayaan melalui kempen ini.

Manakala orang ramai juga boleh memperkasakan diri mereka sendiri dengan pembelajaran dan pada masasama mereka boleh memperkasakan organisasi-orgainisasi amal jariah yang terpilih.

Ketiga, guru dan jurulatih boleh berkongsi pengalaman, kemahiran dan pengetahuan untuk memanfaatkan orang ramai melalui wadah ReSkills’.

Badan amal jariah yang dalam perancangan untuk mendapat manfaat dari kempen ini termasuk adalah The National Kidney Foundation and Dual Blessing Berhad dari Malaysia, Aliansi Pemberdayaan Generasi Muda dan BenihBaik.com di Indonesia, Make-A-Wish dan Save the Children di Filipina, Thailand Association of the Blind dan The KUS IP Red Cross Youth Volunteer Club di Thailand, JCI Central Saigon di Vietnam serta Women Development Association Imphal, UVYC Manipur dan Helping Hut India.

Walaupun Industri 4.0 telah menambah kekayaan global, masih terdapat golongan yang terkesan oleh bencana semulajadi, isu-isu kesihatan dan sistem ekonomi tidak seimbang.

Kepimpinan efektif dan penyelarasan adalah lebih penting sekarang apabila usaha global dilakukan untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Dengan wujudnya teknologi di hujung jari setiap orang hari ini, orang ramai telah diperkasakan untuk memainkan peranan lebih besar untuk kebaikan sejagat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Reskills Jin Tan, adalah penting untuk Reskills mempraktikan tanggungjawab korporat sosial kerana ia merupakan salah satu daya penggerak dan motivasi sejak syarikat ini ditubuhkan.

Sementara itu, Pengurus Malaysia Reskills, Ken Lee, berkata, pihaknya ingin membina capaian kepada seramai mungkin kepada pendidikan dan pembelajaran dengan tidak mengambil kira kedudukan kewangan mereka.

"Pada masa yang sama, kami ingin mempertingkatkan kehidupan golongan kurang bernasib baik dan saya percaya Charityy Learning Festival adalah salah satu cara menerap kedua-dua aspirasi tersebut,” katanya.CLF 2.0 adalah salah satu usaha tanggungjawab korporat sosial yang berlangsung sejak 12 Disember 2021 hingga 12 Februari 2022.

Orang ramai yang berminat boleh menyokong inisiatif ini dengan dan menjadi sebahagian dari masa depan yang lebih baik untuk manusia.

Lawati https://www.charitylearningfestival.com untuk makumat selanjutnya.