Lukaku akui Chelsea kini pemburu

Iklan
Lukaku kehadirannya memacu kemenangan Chelsea ketika berkunjung ke Villa Park.

KEMASUKAN Romelu Lukaku pada babak kedua ternyata mengubah momentum Chelsea apabila memacu pelawat melakar kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park, Birmingham.

Lukaku yang masuk mengantikan Trevoh Chalobah pada minit ke-46 membawa Chelsea meraih kemenangan yang amat diperlukan di Aston Villa selepas pemain tengah Jorginho (34') memadam pendahuluan The Villans hasil jaringan sendiri pemain The Blues, Reece James (28').

Iklan
Iklan

Lukaku tidak memulakan perlawanan liga sejak mengalami kecederaan pada Oktober diikuti terlepas dua perlawanan terakhir selepas disahkan positif Covid-19 tidak perlu menunggu lama untuk mengeluarkan aura pemusnahnya menerusi jaringan minit ke-56'.

Gol itu kemudian menjadi pencetus kepada jaringan kemenangan daripada Jorginho yang hadir dengan gol pada minit ke-93 untuk mengakhiri badi keputusan seri berturut-turut dalam dua perlawanan liga terakhir sebelum ini.

Iklan

Lukaku yang juga bekas penyerang Manchester United dan Inter Milan itu berkata, Chelsea kekal dalam perlumbaan untuk mengejar pendahulu Manchester City.

"Kami adalah pemburu sekarang. Keputusan terakhir bukanlah yang terbaik dan sekarang kami perlu mengejar. Kami perlu melayan setiap perlawanan seperti perlawanan akhir. Hari ini kami menang dan kini perlu meneruskan.

Iklan

"Saya memerlukan persembahan seperti ini. Sukar untuk berjaya pada penghujung permainan sebenarnya. Saya terus bekerja keras. Saya gembira dengan prestasi dan perlu meneruskannya," kata Lukaku.