Arsenal tanpa Aubameyang tetap fantastik

Iklan
Saka antara penyumbang gol Arsenal ketika menjinakkan Norwich City 5-0 di Carrow Road.

ARSENAL meneruskan momentum fantastik mengharungi kepadatan jadual saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan melakar kemenangan keempat berturut-turut saingan liga apabila membelasah Norwich City 5-0 di Carrow Road.

Malah The Gunners kekal tenang memburu tiga mata tanpa kelibat Pierre-Emerick Aubameyang yang kekal berstatus misteri selepas dilucutkan status kapten dan disisihkan dari skuad utama oleh pengendali The Gunners, Mikel Arteta.

Iklan
Iklan

Dan Arteta pula masih enggan memberikan sebarang jaminan mengenai masa depan Aubameyang selepas pelanggaran disiplin terbaru bekas pemain Borussia Dortmund itu.

Kali terakhir pemain berusia 32 tahun tersebut beraksi ketika Arsenal melakar kemenangan ke atas Southampton dan sejak itu kelibat pemain Gabon tidak kelihatan ketika kelab London berkenaan mara ke kelompok empat teratas liga dan peringkat separuh akhir Piala Liga.

Iklan

"Ia keputusan yang sangat memuaskan kerana dalam tempoh perayaan ini kami perlu mengekalkan persembahan pada tahap tinggi dalam perlawanan berintensiti tinggi.

"Sejujurnya selepas melalui beberapa fasa berliku dan mencabar sebelum ini kami nampak sangat tajam dan komited.

Iklan

"Ia adalah kemenangan besar bagi kami, malah jumlah peluang yang kami cipta amat menggembirakan. Kami menguasai setiap padang untuk mencuba dan mengenakan permainan kami. Hari ini adalah contoh yang sangat baik," kata Arteta.

Bukayo Saka membuka jaringan awal sebelum Kieran Tierney menambah satu lagi gol sejurus sebelum rehat.

Penyerang England itu mendapat dua gol pada pertengahan babak kedua, manakala Alexandre Lacazette, dengan sepakan penalti sebelum Emile Smith Rowe menyempurnakan kemenangan bergaya Arsenal.

Kemenangan itu membawa Arsenal kepada 35 mata daripada 19 perlawanan berikutan kemenangan liga keempat berturut-turut, hanya lebih dua tahun sejak perlawanan pertama Arteta mengetuai The Gunners.

Kelab London itu mendahului enam mata berbanding Tottenham Hotspur di tangga kelima, walaupun seteru London tersebut mempunyai tiga perlawanan dalam tangan.

KEPUTUSAN

Manchester City 6-3 Leicester City

De Bruyne (5')

Mahrez (14')

Gündoğan (21')

Sterling (25', 87')

Maddison (55')

Lookman (59')

Iheanacho (65')

Laporte (69')

Norwich City 0-5 Arsenal

Saka (6', 67')

Tierney (44')

Lacazette (84')

Smith Rowe (91')

Tottenham 3-0 Crystal Palace

Kane (32')

Lucas Moura (34')

Heung-Min Son (74')

West Ham 2-3 Southampton

Elyounoussi (8')

Antonio (49')

Ward-Prowse (61')

Benrahma (64')

Bednarek (70')

Aston Villa 1-3 Chelsea

James (28')

Jorginho (34', 93')

Lukaku (56')

Brighton 2-0 Brentford

Trossard (34')

Maupay (42')