LZS terima lebih 30,000 permohonan bantuan banjir

Iklan
Saipolyazan ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan LZS di Wisma PKPS Shah Alam, Seksyen 14 di sini pada Isnin.

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima lebih 30,000 permohonan bantuan banjir daripada mangsa-mangsa yang terjejas akibat musibah tersebut termasuk golongan asnaf fakir dan miskin di negeri tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop berkata, sebanyak 14,500 permohonan disahkan oleh pihak tersebut manakala bakinya masih belum lengkap dokumen yang diperlukan seperti laporan polis atau pengesahan daripada ketua penduduk yang terlibat banjir.

Iklan
Iklan

Menurutnya, wang bantuan sebanyak RM600 kepada setiap keluarga tersebut akan mula disalurkan terus ke dalam akaun bank ketua keluarga berkenaan bermula Selasa dan Rabu.

"Pada masa sama, LZS menyediakan bantuan pasca banjir dengan menyediakan bantuan membaiki rumah bermula Januari depan. Bantuan tersebut mencakupi semua jenis baikpulih sehingga RM31,500 maksimum untuk sebuah rumah bagi keluarga asnaf di Selangor.

"Kami juga menyediakan bantuan kepada institusi seperti masjid dan surau yang mengalami kerosakan akibat banjir dengan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk sebuah institusi, dan kami jangkakan sebanyak 150 masjid dan surau akan menerima manfaat tersebut," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan LZS di Wisma PKPS Shah Alam, Seksyen 14 di sini pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, Saipolyazan berkata, LZS memberi bantuan pembelian barangan asas untuk keluarga yang terlibat banjir setelah perincian dan bancian dibuat oleh pihaknya dan akan disalurkan kepada mereka secepat mungkin.

"Kami tidak tahu dari segi kerosakan akibat banjir dialami oleh mangsa itu. Jadi, bantuan-bantuan seterusnya akan dilihat dari sudut lain dari segi kemampuan pihak kami untuk membantu

Iklan

"Buat masa ini, kami cuba memudahkan hidup mereka dengan memberi bantuan untuk memulakan hidup baru dan memastikan mereka tinggal di rumah yang selamat apabila pihak kami membaiki rumah mereka nanti," katanya.