ANTHONY Martial meminta untuk meninggalkan gergasi liga Inggeris, Manchester United, namun tiada tawaran untuk penyerang Perancis itu.
Malah menurut pengendali sementara Ralf Rangnick, The Red Devils itu mungkin perlu menahannya jika skuad tersebut dilanda kecederaan atau lebih banyak isu Covid-19.
Iklan
Iklan
Pemain berusia 26 tahun itu hanya memulakan dua perlawanan liga musim ini dan wakilnya berkata, bulan ini dia mahu mendapatkan perpindahan pada Januari untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan.
"Kami bercakap berkenaan isu ini secara panjang lebar pada Rabu. Dia menjelaskan kepada dia berada di United selama tujuh tahun dan merasakan masa yang sesuai untuk perubahan, untuk pergi mencari cabaran baharu di tempat lain.
"Dalam satu cara ini boleh difahami, saya boleh mengikut pemikirannya tetapi sebaliknya, ia juga penting untuk melihat situasi kelab. Kami mempunyai masa Covid-19, kami mempunyai tiga pertandingan di mana kami masih mempunyai cita-cita tinggi.
"Saya memberitahunya selagi tidak ada kelab yang menunjukkan minat kepadanya, dan ia bukan sahaja untuk kepentingan pemain, ia juga harus demi kepentingan kelab. Setakat ini... tidak ada tawaran... dan selagi ini dia akan kekal," kata Rangnick.
Rangnick juga berkata, pemain tengah Perancis, Paul Pogba akan memerlukan dua minggu lagi untuk memulihkan kecergasan selepas dia kembali dari Dubai, selepas mengalami kecederaan paha.