Makmur Relief sumbang dapur gas kepada mangsa banjir

Iklan
Ali Akbar (kanan) menyerahkan sumbangan dapur gas kepada penerima Sabtu lalu.

KUANTAN - Badan bukan kerajaan (NGO) Makmur Relief mengambil inisiatif membantu keluarga mangsa banjir yang kurang berkemampuan dengan menyumbang dapur gas.

Penyerahan pertama dilakukan pada Sabtu lalu melibatkan lebih 10 penerima sekitar kawasan Kampung Paya Tiga di sini.

Iklan
Iklan

Pengerusinya, Ali Akbar Othman berkata, penyerahan seterusnya dijangka selewat-lewatnya Rabu ini kerana sedang mengenal pasti bilangan penerima dan kemampuan kewangan.

Beliau memberitahu, NGO itu menyasarkan 200 unit dapur diagihkan tetapi bergantung kepada dana yang ada.

Iklan

"Selain dana Makmur Relief sendiri, kita juga mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak supaya lebih ramai mangsa dapat dibantu," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Ali Akbar berkata, pihaknya memilih untuk membantu melalui sumbangan dapur mengambil kira keperluan dan permintaan mangsa.

Iklan

"Ramai mangsa ditemui mengharapkan bantuan peralatan asas dapur seperti dapur gas, periuk nasi elektrik dan pengisar memandangkan peralatan mereka rosak akibat banjir," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang berhasrat untuk menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank 2560 170 003 0001 (RHB Islamic Bank) atas nama Makmur Relief