KUALA LUMPUR - Manifesto PH untuk mewujudkan satu juta peluang pekerjaan pada PRU14 yang lalu bukan hanya janji kosong kerana ia akan tetap dilaksanakan.
Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata kerajaan mampu mencapai angka satu juta peluang pekerjaan namun negara pada masa ini menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja.
Iklan
Iklan
"Masalahnya bukan pada angka itu atau adanya pekerjaan yang menjadi masalah ialah guna tenaga penuh dengan peratusan tidak bekerja hanya 3.4 peratus, berlaku kekurangan tenaga kerja, usaha-usaha sedang dibuat supaya kita dapat lebih banyak tenaga kerja yang boleh tingkat pendapatan negara ini.
"Meningkatkan gaji minima kepada RM1,500 adalah dasar kerajaan ia semestinya boleh dicapai dalam tempoh lima tahun, usaha pertama telah dimulakan dengan meningkatkan gaji minima daripada RM1,000 kepada RM1,100 yang akan dilaksanakan pada 1 Jan 2019," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) sama ada kerajaan akan melaksanakan janji mewujudkan sejuta peluang pekerjaan dengan gaji sekurang-kurangnya-kurangnya RM2,500 yang terkandung dalam manifesto PH.- Bernama