Tragedi Chalet Bentong: Operasi mencari mangsa diteruskan

Iklan
Deretan chalet yang rosak teruk akibat dibawa arus deras sungai.

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang dilapor hilang dikhuatiri dibawa arus sungai di kawasan chalet pusat peranginan di Bentong, Pahang pada 18 Disember lalu masih diteruskan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands berkata, SAR pencarian mangsa terakhir difokuskan di kawasan cerun di bawah lokasi chalet itu berhampiran Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Operasi SAR diteruskan seperti biasa sehingga mangsa ditemui,” katanya pada Isnin.

Pada 18 Disember lalu, lebih 30 orang termasuk sembilan kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terkandas dalam kejadian banjir lumpur ketika mengunjungi sebuah kawasan chalet di Bentong.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir lumpur: Tiga pelancong masih hilang

Susulan itu, seorang kanak-kanak dikenali sebagai Emmanuel Chang serta pasangan suami isteri Bobby Lim Yoke Hoong dan Yap Koon Lau dilapor hilang dalam tragedi itu.

Iklan

Setakat ini, dua mayat ditemukan iaitu seorang wanita dikenal pasti sebagai Yap Koon Lau dan satu mayat kanak-kanak lelaki yang belum dikenal pasti. - Bernama