Banjir di timur laut Brazil jejaskan 430,000 penduduk

Iklan
Hujan lebat diikuti banjir di negeri Bahia di timur laut Brazil menjejaskan lebih 430,000 penduduk yang tinggal di kawasan itu dengan langkah kecemasan dilaksanakan di 72 kawasan. - Foto AP

MOSCOW - Hujan lebat diikuti banjir di negeri Bahia di timur laut Brazil menjejaskan lebih 430,000 penduduk yang tinggal di kawasan itu dengan langkah kecemasan dilaksanakan di 72 kawasan, lapor Sputnik.

Bencana alam itu, yang berterusan sejak awal November, dianggarkan sebagai banjir terburuk dalam beberapa dekad yang lalu.

Iklan
Iklan

Ia mengakibatkan 18 kematian, 286 orang cedera, dan sejumlah 430,869 orang terjejas dalam tempoh dua bulan, menurut data terkini, yang dipetik oleh portal berita G1.

Menurut Menteri Kewarganegaraan Brazil, Joao Roma, kementerian kesihatan negara itu akan menempatkan lebih 90 orang doktor ke Bahia untuk membantu mangsa banjir.

Iklan

Pada hujung minggu bandar Itambe dan Jussiape menasihatkan penduduk supaya berhati-hati apabila sebuah empangan runtuh ketika hujan lebat, menimbulkan kebimbangan berlakunya banjir yang lebih besar. - Bernama

Iklan