SPM 2018: Terengganu kekal rekod terbaik

Iklan
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (empat, kiri) bertemu empat pelajar cemerlang SPM 2018 yang mendapat semua A dan seorang calon bekeperluan khas (CBK) ketika menghadiri majlis pengumuman rasmi keputusan peperiksaan itu yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Terengganu terus mengekalkan rekod terbaik apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 merekodkan Gred Purata Negeri (GPN) 4.90 mengatasi GPK kebangsaan 4.95.

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, GPN itu menyamai rekod yang dicapai bagi SPM 2017.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai 276 daripada 19,627 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri tahun lalu ini mendapat semua A termasuk empat calon mendapat semua A+ dalam mata pelajaran yang diambil.

"Kita menyasarkan GPN 4.85, jika dicampur semua yang menduduki peperiksaan termasuk calon persendirian, kita masih belum mencapai sasaran itu dan kita memperoleh 4.90.

Iklan

"Kita juga menyasarkan 10 calon mendapat semua A+, tetapi hanya empat orang yang dapat dan kita juga masih belum mencapai sasaran 300 calon yang mendapat semua A dalam SPM 2018,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, masih ada ruang untuk memperbaiki pencapaian bagi peperiksaan itu pada masa akan datang.

Iklan

"Saya kagum dengan kesungguhan rakan strategik kita termasuk kerajaan negeri yang banyak membantu bagi sokongan moral dan bantuan kewangan untuk mengadakan program-program termasuk kem kecemerlangan untuk pelajar.

"Walaupun kita belum berjaya membuat lonjakan yang lebih tinggi, kita berpuas hati dengan pencapaian semasa negeri Terengganu,” katanya.

Dua pelajar cemerlang yang mendapat semua A+ ialah Muhammad Hilman Nor Azmi dari Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Terengganu dan Nurin Batrisya Mohd Azmi dari Sekolah Menengah Imtiaz Besut dengan keputusan 11A+.

Sementara itu, Amirah Husna Abdul Kahar dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus dan Nur Atiqah Syuhadah Hamdan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Tengku Lela Segara, Marang mendapat 9A+.

Selain itu, seorang calon berkeperluan khas (CBK), Ahmad Shahir Safwan Ahmad Sabri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Abang, Dungun yang mengalami masalah penglihatan pula adalah calon CBK cemerlang negeri dengan mendapat 1A+, 4A, 3B+, 1B, 1C+ dan 1C.

Manakala, Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Terengganu, SBP Integrasi Batu Rakit, Kuala Nerus; SM Sains Sultan Mahmud, SM Sains Setiu dan SM Sains Kuala Terengganu pula merupakan sekolah paling cemerlang dalam SPM 2018 di negeri ini.