PKPD di Felda Jengka 25 Temerloh mulai esok

Iklan
PKPD akan dilaksana di Felda Jengka 25, Temerloh di Pahang mulai Selasa hingga 10 Januari depan.

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Jengka 25, Temerloh di Pahang mulai Selasa hingga 10 Januari depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan berkaitan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

Iklan
Iklan

"Prosedur operasi standard bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” menurutnya dalam kenyataan pada Isnin. - Bernama

Iklan
Iklan