Jalan utama Hulu Langat ditutup dua jam setiap Isnin hingga Khamis

Iklan
Amirudin ketika sidang akhbar khas di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), Shah Alam pada Isnin.

SHAH ALAM - Jalan utama di sekitar Hulu Langat akan ditutup selama dua jam pada setiap Isnin hingga Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan pengutipan sampah banjir di kawasan tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) mengutip sejumlah tan sampah banjir setakat Rabu dengan impak kewangan sebanyak RM6.03 juta.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sebanyak 48 buah lori 'Roll on roll off' (RORO) dan kompaktor bersama mesin jengkaut digerakkan untuk melaksanakan kerja berkenaan.

"Pada asalnya kita merancang untuk menjalankan kutipan selama dua hari, namun kita membuat keputusan untuk melakukannya setiap hari kecuali hari minggu dan cuti umum kerana berlaku kesesakan yang menghalang lori-lori KDEBWM melakukan kutipan sampah dengan lancar.

Iklan

"Jumlah sukarelawan yang ke lokasi tersebut sangat ramai, jadi kita tidak menganggu tugas mereka," katanya ketika sidang akhbar khas di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di sini pada Isnin.

Sementara itu, Amirudin berkata, pihaknya sedang meneliti untuk melaksanakan perkara sama di Padang Jawa, Klang dan Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini bagi menyelesaikan kerja-kerja pengutipan sampah banjir di kawasan-kawasan tersebut.

Iklan

Ujarnya, jika pihaknya berhasrat untuk berbuat demikian, penduduk akan dimaklumkan sehari sebelum hari pelaksanaan perkara tersebut supaya mereka boleh bersedia.

"Bagi Padang Jawa dan Taman Sri Muda, kita sedang meneliti untuk membuat perkara sama.

"Kalau kita nak buat, kita akan maklumkan sehari awal supaya penduduk boleh bersedia dan kita boleh merancang pengurusan sisa pepejal yang ada," jelas beliau.