HULU LANGAT - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran keadaan aras air Sungai Langat di Pekan Kajang dan Taman West Country di sini berada pada paras bahaya.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi kemas kini di Facebook beliau, telah berkongsi pengumuman penting status air Sungai Langat yang disediakan oleh JPS.
Iklan
Iklan
Menurut pemakluman itu, JPS memberitahu setakat jam 6.30 petang Isnin didapati aras air di sungai berkenaan berada dalam trend menaik.
"Aras air Sungai Langat di Pekan Kajang dan Taman West Country daerah Hulu Langat telah berada pada paras bahaya dengan trend menaik.
"Dinasihatkan agar penduduk sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa," menurut kenyataan itu, pada Isnin.
Sementara itu, hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan di Kajang dilanda banjir kilat sekitar jam 5.30 petang namun dilaporkan kembali surut sejam kemudian.