Tupai terbang bikin gempar di kampus universiti AS

Iklan
Seekor tupai terbang di kampus University of Nebraska, Lincoln, Amerika Syarikat baru-baru ini. - Foto University of Nebraska

LINCOLN - Seorang pekerja lelaki yang menebang sebatang pokok oak yang mati di University of Nebraska, Lincoln, Amerika Syarikat (AS) menemui seekor tupai terbang baru-baru ini.

Penemuan itu dirakamkan menerusi sebuah video yang menunjukkan haiwan tersebut memanjangkan lengan dan kakinya untuk membentuk seperti sayap bagi membantu haiwan tersebut sebelum terbang ke pokok berhampiran.

Iklan
Iklan

Sebanyak tiga ekor tupai dikesan tinggal pada pokok tersebut.

Namun, tidak ada yang tahu bahawa haiwan berkenaan tinggal pada pokok berkenaan.

Iklan

Video yang berduarasi selama 20 saat itu kemudian dihantar kepada seorang seorang profesor biologi pemuliharaan di University of Nebraska, Larkin Powell dan beliau melihat aksi haiwan tersebut terbang dari sebatang pokok ke pokok yang lain.

Beliau berkata, ia merupakan antara spesies yang sukar untuk didokumentasikan kerana tupai tersebut tidak keluar ketika terdapat manusia yang berada di kawasan berhampiran.

Iklan

Dalam pada itu, Shaun Dunn iaitu seorang ahli zoologi warisan semula jadi untuk negeri Nebraska, tidak terkejut dengan penemuan tupai terbang tersebut.

Ini kerana beliau telah mendokumentasikan 15 penemuan tupai terbang sejak tahun 2018. - Agensi