Pelajar kudung tangan sebak dinobat pelajar terbaik SPM

Iklan
Muhammad Rizdwan Roslan

KOTA BHARU - Calon bekerperluan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2, tidak dapat menahan sebak apabila diumumkan pelajar terbaik SPM sekolah, hari ini.

Muhammad Rizdwan Roslan, 18, yang kudung tangan kiri berkata, dia tidak menyangka akan memperoleh keputusan 9A dan 1B dalam SPM memandangkan dia hanya mendapat 6A ketika peperiksaan percubaan lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia berhasrat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang kejuruteraan.

"Walaupun tangan saya kudung sejak lahir, saya tidak mahu meletakkannya sebagai penghalang untuk mengejar cita-cita sebagai seorang jurutera.

Iklan

Muhammad Rizdwan (dua, kanan) teruja ketika menerima slip peperiksaan di sekolah, bersama rakan-rakannya.

"Saya mahu cipta pelbagai mesin yang boleh memudahkan tugas harian kita dan mencipta sejarah calon OKU juga mampu berjaya seperti pelajar normal lain,” katanya.

Iklan

Anak sulung dari empat beradik ini berkata, dia mahu menjadi contoh kepada adik-beradiknya dan kebanggaan kepada ibu bapanya yang bekerja di Jabatan Meteorologi Malaysia Kelantan.