WASHINGTON - Kira-kira 3,000 penerbangan dibatalkan dan lebih 12,000 mengalami kelewatan di seluruh dunia pada Isnin berikutan kebimbangan syarikat penerbangan terhadap varian coronavirus Omicron, menurut laman web penjejakan penerbangan Flightradar24, lapor Sputnik.
Meskipun dunia sedang berada di tengah musim cuti musim sejuk, sejumlah 12,528 penerbangan tertunda dan 2,959 pembatalan penerbangan dilaporkan pada Isnin. Syarikat penerbangan dan lapangan terbang di Amerika Syarikat menyumbang hampir separuh daripada semua kelewatan dan pembatalan, menurut data yang diperoleh Flightradar24.