KOTA BHARU - MCA sepatutnya membuat keputusan keluar dari komponen BN sebelum PRU14, bukan membubarkan BN yang ‘didiami’ dan berteduh selama ini.
Setiausaha BN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, jika benar rumah BN ini tidak sesuai untuk diduduki parti itu, maka mereka dipersilakan keluar, bukannya merobohkannya daripada didiami orang lain.