KUALA LUMPUR - Pencapaian keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Beliau berkata jika dibandingkan sejak 2014, pencapaian bagi tahun lepas menunjukkan peningkatan yang agak ketara.
Iklan
Iklan
"Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang mengambil keputusan SPM kerana telah berusaha sebaiknya dan apa juga keputusannya yang penting apa yang mereka pilih selepas ini. Apa pun pilihan mereka, lakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Pencapaian calon SPM 2018 adalah lebih baik dari tahun 2017 dengan indeks pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) yang direkodkan adalah 4.89, berbanding 4.90 pada 2017.
Maszlee berkata bagi calon SPM di daerah Pasir Gudang, Johor yang terjejas boleh mengambil keputusan peperiksaan mereka sama ada di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang atau semakan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau secara dalam talian menerusi laman sesawang Lembaga Peperiksaan itu.
Sebanyak 111 buah sekolah di daerah itu diarahkan tutup sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak ekoran pencemaran udara akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim pada 7 Mac lalu.- Bernama
Artikel Berkaitan