Barongan Warisan

Iklan
Lenggang-lenggok persembahan tarian berkuda kepang lengkap berkostum dengan diiringi alunan muzik gamelan, angklung dan paluan gong, berjaya mencuri tumpuan pengunjung di hadapan Keraton Embah Anang, Kampung Parit Bugis di sini. Setiap gerakan tari yang diaturkan oleh ahli-ahli Kumpulan Barongan Warisan Bistari, Kampung Parit Bugis ketika mempersembahkan Tarian Barongan itu. Barongan pada zaman dahulu hanya dipersembahkan di istana dan majlis-majlis diraja sahaja sebagai persembahan kepada sultan-sultan Jawa. Namun selepas sultan Jawa meninggal dunia, ia sudah menjadi tarian rakyat yang berkembang di Jawa dan dibawa ke Tanah Melayu, sekali dengan kuda kepang, wayang kulit dan alat-alat muziknya seperti gamelan. - Foto Bernama.