Giant sumbang RM100,000 kepada mangsa banjir

Iklan
Wakil Giant Malaysia, David Chiam menyerahkan sumbangan kepada wakil Yayasan MyKasih, Nazrin Aneeza dan Evelyn Ho.

SHAH ALAM - Giant, salah satu peruncit peneraju nilai di Malaysia menyumbang wang tunai RM100,000 menerusi Yayasan MyKasih bagi membantu mangsa banjir di kawasan Klang dan sekitarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Runcit DFI Asia Tenggara, Chris Bush berkata, setiap keluarga menerima RM100 untuk membeli makanan dan keperluan yang diperlukan melalui MyKad mereka.

Iklan
Iklan

"Walaupun paras air telah surut namun mangsa masih memerlukan bantuan segera dari segi makanan dan keperluan penjagaan kesihatan bagi membina semula kehidupan mereka.

"Kita semua sedih dengan kerosakan yang berlaku disebabkan banjir kepada komuniti kami baru-baru ini. Hati kami sedih apabila setiap orang yang tersayang, rumah dan mata pencarian telah terjejas.

Iklan

"Kami berharap sumbangan ini akan dapat membantu mereka yang terjejas dengan cara membeli barang keperluan dengan cepat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sumbangan tersebut disampaikan wakil Giant Malaysia, David Chiam kepada wakil Yayasan MyKasih, Nazrin Aneeza dan Evelyn Ho.

Iklan

Sementara itu, Chris berkata, Giant turut menyediakan bantuan kepada pekerja mereka dan keluarga yang turut terjejas akibat banjir.

"Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada ahli pasukan Giant yang menjaga keselamatan pelanggan apabila banjir melanda kedai.

"Kami menyediakan bantuan melalui kewangan, penginapan sementara dan makanan serta keperluan kesihatan.

"Ahli pasukan kami adalah nadi perniagaan kami, dan kami tetap bersedia menyokong dengan apa yang mereka perlukan,” ujarnya.

Chris berkata, pihaknya akan meneruskan untuk berkhidmat kepada komuniti dan ahli pasukan seperti biasa walaupun ia adalah masa yang mencabar.