KKM pertimbang ambil tindakan individu langgar HSO

Iklan
Khairy Jamluddin - Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan hasil semakan data MySejahtera menunjukkan sebanyak 1.4 peratus kes positif Covid-19 yang diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) telah melanggar perintah kuarantin tersebut.

Sehubungan itu katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas individu yang berkenaan.

Iklan
Iklan

Ini kerana katanya, jelas individu yang sepatutnya menjalani HSO dan berada di rumah telah dikesan mendaftar masuk ke premis-premis.

"Sebelum ini kita tidak ambil apa-apa tindakan tetapi memandangkan ada (yang melanggar), walaupun 1.4 peratus tetapi mereka sepatutnya berada diisolasi.

Iklan

"Namun, individu-individu ini keluar dan mungkin (selepas ini) kita terpaksa mengambil tindakan atau langkah yang lebih tegas terhadap mereka yang berulang kali keluar atau daftar masuk semasa mereka sepatutnya berada di rumah,” katanya dalam sidang akhbar khas di kementeriannya di sini pada Selasa.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menasihatkan individu yang ingin menyertai sebarang majlis termasuk sambutan ambang tahun baru untuk membuat ujian kendiri bagi memastikan mereka negatif daripada virus berkenaan.

Iklan

"KKM sarankan untuk mana-mana pihak yang ingin hadiri majlis ambang tahun baru atau apa-apa sahaja majlis keramaian untuk lakukan ujian kendiri kerana majlis seperti ini melibatkan tetamu yang terdiri daripada keluarga berbeza. Jadi, bagi bagi mengurangkan kadar jangkitan adalah lebih baik untuk semua pihak buat ujian sebelum hadiri aktiviti seperti itu,” katanya.