Dapatkan semula surat perakuan nikah, cerai, rujuk secara percuma: JAIS

Iklan
Mohd Shahzihan Ahmad

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan membantu mangsa banjir yang bernikah di negeri berkenaan untuk mendapatkan semula dokumen dan surat perakuan pernikahan, penceraian dan rujuk.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, JAIS prihatin dan mengambi berat terhadap kemaslahatan orang awam yang terjejas akibat banjir khususnya di kebanyakan daerah di negeri Selangor.

Iklan
Iklan

Menurutnya, JAIS menjangkakan bencana alam itu turut menyebabkan kerosakan atau kehilangan dokumen-dokumen rasmi penting berkaitan perkahwinan, penceraian dan rujuk dikeluarkan JAIS.

"Sehubungan itu, mangsa banjir kehilangan dokumen Kebenaran Berkahwin dikeluarkan di bawah seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003, Surat Perakuan Nikah di bawah subseksyen 26(1), Surat Perakuan Cerai di bawah subseksyen 55(5) atau Surat Perakuan Rujuk di bawah subseksyen 52(3) enakmen yang sama, boleh membuat permohonan mendapatkan semula salinan dokumen tersebut tanpa dikenakan sebarang bayaran," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Tambahnya, individu terlibat juga boleh berurusan dengan Pejabat Agama Islam Daerah yang mempunyai bidang kuasa mengeluarkan dokumen tersebut mulai 28 Disember sehingga 31 Januari depan.

Iklan