KOTA BHARU - Sebanyak 223 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir di lima daerah di Kelantan sejak kejadian banjir besar pada 17 Disember lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kesemua kes itu dikesan sejak 17 hingga 26 Disember lepas di lebih 50 pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka dalam tempoh itu.