Banduan larikan diri berjaya ditahan

Iklan
Mohd Fazley

NILAI - Seorang banduan hanya sempat melarikan diri kira-kira lima jam sebelum polis berjaya menahannya di sebuah stesen minyak di sini pada petang Selasa.

Ketua Polis daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Abd Rahman berkata, lelaki berusia 29 tahun itu adalah dari salah sebuah Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) di sini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, banduan itu telah dijatuhi hukuman penjara pada tahun 2019 selama lima tahun atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

"Dia kemudiannya ditempatkan PRP tersebut bagi tujuan pemulihan setelah menjalani hukuman penjara selama dua tahun di Penjara Kajang, Selangor," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Mohd Fazley berkata, polis menerima laporan berhubung banduan tersebut melarikan diri dari PRP berkenaan pada jam 12.54 tengah hari Selasa.

"Susulan itu, polis dari Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Nilai telah melancarkan satu operasi dengan bantuan Unit Anjing Pengesan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan untuk mengesannya di sekitar kawasan berhampiran.

Iklan

"Pada jam 5.15 petang iaitu lima jam selepas makluman awal diterima, pihak polis berjaya menahan banduan itu di sebuah stesen minyak yang terletak empat kilometer dari PRP tersebut," katanya.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana kecuaian membiarkan seseorang lari dari pengurungan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Kes ini turut disiasat di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja lari atau mencuba lari dari mana-mana jagaan di mana dia ditahan dengan sah di sisi undang-undang bagi apa-apa kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua atau atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, polis IPD Nilai menghargai maklumat dan kerjasama yang diberikan oleh orang awam sehingga tertangkapnya suspek.