KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,846,708 individu atau 97.6 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat Selasa.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman CovidNow, sebanyak 23,142,519 individu atau 98.9 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.