Banjir: Dua hingga tiga juta buku rosak

Iklan
Pekerja gudang buku menggunakan backhoe untuk menolak kira-kira 2 juta buku yang rosak akibat banjir minggu lalu ketika tinjauan di gudang buku The Big Wolf Seksyen 33 Shah Alam. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kira-kira dua hingga tiga juta buku rosak selepas ditenggelami air di gudang Big Bad Wolf dan kedai buku BookXcess @Wolf House di Seksyen 33, Taman Alam Indah di sini akibat banjir teruk melanda Selangor pertengahan bulan ini.

Pengasas bersama BookXcess dan Big Bad Wolf Books, Andrew Yap berkata, jumlah kerugian masih dalam proses penilaian kerana ia akan mengambil sedikit masa untuk dipastikan.

Iklan
Iklan

"Namun, berdasarkan penilaian awal, jutaan buku sudah pasti rosak, musnah dan tidak dapat diselamatkan begitu juga beberapa peralatan gudang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Yap berkata, kerja-kerja pembersihan gudang Big Bad Wolf Books dan pembuangan buku-buku yang rosak sedang dilaksanakan.

Iklan

Selain kedai buku BookXcess di Wolf House, beliau berkata, kesemua 14 kedai buku BookXcess di seluruh negara, BookXcess Online dan BookXcess dan Big Bad Wolf Books di platform Shopee masih beroperasi seperti biasa dan menerima tempahan.

"Hanya Wolf House, terletak di Seksyen 33, Taman Alam Indah di Shah Alam ditutup sementara kerana memerlukan pengubahsuaian sepenuhnya akibat kerosakan teruk.

Iklan

"Walaupun kami kehilangan dua hingga tiga juta buku, kami berhasrat untuk menderma buku kepada masyarakat sekitar yang terjejas teruk akibat banjir dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka berada di sekitar gudang kami dan kami mengalu-alukan orang untuk sertai usaha altruistik kami,” katanya. - Bernama