Bomba tangguh SAR di Telemong

Iklan
Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Yahya, 71, dipercayai antara yang hilang dalam kejadian lima buah kenderaan terperangkap di atas jambatan Telemong sebelum dihanyutkan arus sungai yang melimpah.

KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menangguhkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dipercayai hilang sejak 18 Disember lepas, akibat dihanyut arus banjir di Telemong, Bentong.

Penolong Pengarahnya, Ismail Abdul Ghani berkata, penangguhan SAR itu diputuskan pada Rabu sehingga mendapat petunjuk baharu, namun bomba akan meneruskan pemantauan dari masa ke masa.

Iklan
Iklan

"Operasi SAR yang telah dilakukan melibatkan 96 pegawai dan anggota pelbagai agensi melalui jalan darat dan air selain turut menggunakan anjing pengesan," katanya menerusi kenyataan di sini pada Rabu.

Ismail berkata, SAR juga disertai orang awam yang telah menyusuri tebing sungai hingga tujuh kilometer.

Iklan

Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Yahya, 71, dipercayai antara yang hilang dalam kejadian lima buah kenderaan terperangkap di atas jambatan Telemong sebelum dihanyutkan arus sungai yang melimpah.

Dalam kejadian itu, bomba mengesahkan lima individu meninggal dunia manakala 16 lagi selamat. - Bernama

Iklan