35,719 orang terima bantuan Program Kasih Prihatin-MAIWP

Iklan
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDN, Datuk Mohd Jaafar Embong (tiga dari kanan) dan Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar (kanan) sedang menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seramai 35,719 orang penerima kategori asnaf dan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 telah menerima bantuan dari Program Kasih Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Program tersebut merupakan satu inisiatif PRIHATIN yang digerakkan bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat pada masa kini.

Iklan
Iklan

Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, program yang berlangsung selama tiga bulan itu mendapat kerjasama penuh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Kasih Neelota (PKN), Pertubunan Pendidikan Kekeluargaan dan Pembangunan Masyarakat (PEDIKMA) dan

Pertubuhan Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA).

Iklan

Bagaimanapun, ujar beliau, pihaknya berharap agar program berkenaan tidak terhenti sekadar disitu sahaja malah dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan menfokuskan perkara-perkara yang diperlukan oleh masyarakat Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, menurut beliau, MAIWP juga turut menyediakan peruntukan sumbangan tambahan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara.

Iklan

"Saya merasa amat dukacita dan terkesan melihat nasib masyarakat kita yang dilanda bencana banjir yang menyebabkan kerosakan harta benda, kehilangan tempat tinggal dan ahli keluarga.

"Saya berharap badan-badan organisasi turut sama menyumbangkan bantuan kepada mereka bagi meringankan beban yang dihadapi khususnya mangsa-mangsa banjir.

"Justeru, Bakul Kasih PRIHATIN-MAIWP ini diharap mampu meringankan beban kepada mereka yang terkesan dan sedikit sebanyak mampu mengurangkan sedikit kesengsaraan kepada penerima-penerima ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian pada majlis Program Kasih Prihatin-MAIWP di Dewan Komuniti Sentul Perdana di sini pada Rabu.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Mohd Jaafar Embong; Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali; Penasihat Ekonomi dan Antarabangsa PRIHATIN, Datuk Abdul Malik Abdullah; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya dan Pengasas Kumpulan DXN, Datuk Dr Lim Siow Jin.