Harimau Malaya B-23 diundi bersama Indonesia dalam kumpulan B

Iklan
Keputusan undian Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Kemboja, Februari depan.

SKUAD Harimau Malaya Bawah 23 tahun (B-23) kendalian Brad Maloney diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia bagi Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Kemboja, Februari depan.

Turut bersama-sama pasukan negara dan skuad garuda dalam kumpulan tersebut ialah Myanmar dan Laos.

Iklan
Iklan

Menerusi undian yang dilakukan pada Rabu, juara edisi sulung kejohanan tersebut, Thailand, diundi bersama-sama Singapura dan Vietnam dalam kumpulan C, manakala tuan rumah Kemboja diletakkan bersama Filipina, Brunei dan Timor Leste dalam kumpulan A.

Majlis yang diadakan di Singapura itu turut disertai oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar dan ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney secara dalam talian.

Iklan

Tiga pasukan teratas dalam setiap kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik akan layak beraksi di separuh akhir.

Sejak edisi pertama, pencapaian terbaik pasukan negara pada kejohanan tersebut adalah menduduki tempat keempat pada edisi sulung yang berlangsung di Thailand pada tahun 2005.

Iklan