Muhammad Nur Aiman kuasai acara ujian masa individu

Iklan
Sapura Cycling Team (TSC) bermula langkah kanan pada hari pertama Kejohanan Berbasikal Lebuh Raya Kebangsaan 2021 selepas pelumba pasukan berkenaan Muhammad Nur Aiman Rosli muncul juara dalam acara ujian masa perseorangan pada Rabu. - Foto Bernama

SAPURA Cycling Team (TSC) bermula langkah kanan pada hari pertama Kejohanan Berbasikal Lebuh Raya Kebangsaan 2021 selepas pelumba pasukan berkenaan Muhammad Nur Aiman Rosli muncul juara dalam acara ujian masa perseorangan pada Rabu.

Lebih manis, pelumba berusia 22 tahun itu berjaya mengekalkan momentum kemenangan acara yang sama buat kali kedua berturut-turut apabila menamatkan saingan dalam kategori elit dengan catatan satu jam 00 minit 17.74 saat, mengatasi Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff dari Terengganu Cycling Team (TSG).

Iklan
Iklan

"Cabaran kali ini adalah angin kuat. Walaupun sudah bersedia mental dan fizikal dengan keadaan angin kuat sepanjang menjalani latihan tapi kelajuan angin pagi ini sangat berbeza.

"Biarpun catatan masa tidak baik seperti tahun lepas, tapi saya berpuas hati. Terima kasih kepada pasukan, saya berjaya melakukannya dan mengekalkan kemenangan buat kali kedua di kejohanan ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas saingan di sini pada Rabu.

Iklan

Bagi saingan pada Khamis, pelumba kelahiran Johor yang meraih jersi kebangsaan pada edisi 2020 itu yakin mampu melakukan kejutan dan positif meraih kemenangan buat pasukan.

Enam pelumba bersaing dalam acara ujian masa perseorangan dengan jarak 45.3 kilometer.

Iklan

Sementara itu, seorang lagi pelumba TSC Akmal Hakim Zakaria di tempat ketiga dengan catatan 1’ 01:28.73 saat. - Bernama