vivo V23e Series catat rekod jualan untuk V Family

Iklan

Miliki hadiah eksklusif bernilai sehingga RM589 dengan setiap pembelian vivo V23e Series

KUALA LUMPUR – Edisi terkini dari vivo V Family, siri vivo V23e, telah julung kali dijual pada Super Day Roadshow di Pavilion Bukit Jalil pada 18 Disember 2021.

Pada hari pertama jualan itu, siri vivo V23e sudah mencapai sasaran 35 peratus lebih tinggi siri V21, di mana membuktikan ia adalah siri telefon pintar swafoto paling unggul dalam industri.

Iklan
Iklan

Pada harga bermula daripada RM1,399, siri vivo V23e didatangkan bersama Android 11 Funtouch OS, skrin Full HD AMOLED 6.44-inci, 8GB RAM dan storan besar 128GB yang boleh dipertingkatkan melalui tambahan kad mikroSD.

Kedua-dua versi peranti ini menyokong fungsi Wi-Fi, Bluetooth 5.2 dan GPS selain menggunakan bateri 4050mAh.

Iklan

Namun pemproses berbeza digunakan untuk kedua-dua model ini. Model vivo V23e menggunakan Mediatek Helio G96, manakala Mediatek Dimensity 810 digunakan di dalam vivo V23e 5G.

Selain itu, kamera pada V23e merupakan unit 64MP bersama lensa sudut ultra-lebar 8MP dan makro 2MP manakala kamera depannya pula 50MP.

Iklan

Versi 5G pula menawarkan kamera 50MP bersama unit ultra lebar 8MP dan makro 2MP sebagai kamera utama dan sebuah unit 44MP sebagai kamera depan.

Para pelanggan yang membeli V23e pada roadshow itu layak memiliki hadiah eksklusif bernilai sehingga RM530, termasuk beg sandang, lanjutan satu tahun jaminan, satu tahun jaminan perlindungan skrin peranti, Pek Eksklusif Moblie Legend dan kad keahlian VIU TV selama sebulan.

Bagi pelanggan yang membeli V23e 5G pula, bakal menerima hadiah eksklusif seperti kotak sabun dispenser automatik, lanjutan satu tahun jaminan, satu tahun jalinan perlindungan skrin peranti, Pek Eksklusif Moblie Legend dan kad keahlian VIU TV selama sebulan, yang keseluruhannya bernilai sehingga RM589.

Selain itu, vivo juga bekerjasama dengan Proton untuk mempamerkan seunit Proton X70 di reruai V23e Series Roadshow untuk memberikan pengalaman mengasyikkan kepada para pembeli dan pelawat merasai keunggulan swafoto vivo bersama model bergaya Proton X70.

vivo Super Day Roadshow akan berlangsung sehingga Ahad, 2hb Januari 2022. Para pelanggan boleh membeli vivo V23e Series pada acara itu sambil menikmati permainan mini dan telefon pintar yang siap disanitasi. vivo V23e and vivo V23e 5G juga boleh didapati di E-store rasmi vivo Malaysia.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai vivo V23e Series terbaharu ini, anda boleh layari laman sesawang rasmi vivo Malaysia, Facebook dan Instagram.