KOTA KINABALU - Semua jawatankuasa pengurusan bencana telah diarah untuk diaktifkan sebagai persediaan menghadapi bencana buruk di bahagian pantai timur dan utara Sabah seperti diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan dan pegawai daerah untuk segera mengaktifkan jawatankuasa pengurusan bencana mereka dan sentiasa bersiap siaga terhadap sebarang kemungkinan terutamanya angin kencang, banjir dan tanah runtuh.