Skuad Projek FAM-MSN dinasihatkan beraksi di Liga M3

Iklan
Richard Scully

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) digesa untuk mempertimbangkan kembali keputusan untuk mengekalkan Skuad Projek FAM-MSN beraksi pada saingan Liga Premier musim depan sebaliknya menyenaraikan pasukan tersebut dalam kancah Liga M3.

Perkara tersebut disuarakan oleh Pendidik Jurulatih dan Pencari Bakat Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Datuk Richard Scully, yang melihat saingan Liga Perdana terlalu besar bagi pasukan tersebut memandangkan pemain-pemain muda pasukan tersebut masih belum mampu untuk menandingi dan bersaing dengan pemain import serta pemain senior yang jauh lebih kuat, lebih berusia selain lebih pantas daripada mereka.

Iklan
Iklan

"Saya rasa untuk menyenaraikan sekali lagi Skuad Projek FAM-MSN dalam Liga Primier bukanlah satu tindakan yang bagus kerana mereka perlu bersaing dengan pemain import dan senior yang jauh lebih hebat dari mereka.

"Jadi apabila mereka asyik kalah ia akan memberi kesan kepada psikologi mereka yang mana ia tidak bagus untuk perkembangan bola sepak mereka.

Iklan

"Jadi saya rasa FAM perlu fikir balik tindakan untuk kekalkan pasukan tersebut dalam kancah Liga Perdana.

Namun sekiranya kalau mereka hendak letak pasukan itu dalam Liga M3 itu saya setuju,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Iklan

Untuk rekod, Skuad Projek FAM-MSN menamatkan saingan Liga Premier 2021 di tangga tercorot dengan mencatat hanya satu kemenangan, tiga seri dan 16 kekalahan dalam 20 aksi liga.

Dalam pada itu Richard berkata, beliau melihat pelantikan Hassan Sazali Mohd Waras sebagai pengendali Skuad Projek FAM-MSN dilihat satu tindakan yang tepat memandangkan pengalaman yang dimiliki olehnya ketika mengendali skuad muda negara dahulu.

Jelasnya, beliau yakin dengan kemampuan yang dimiliki Hassan dan percaya dia mampu menggalas tugas tersebut dengan baik.

"Hassan Sazali ini merupakan staf saya, dan dia memiliki pengalaman yang banyak terutamanya dalam mengendalikan skuad muda.

"Jadi saya rasa dia sangat sesuai dengan pasukan ini lagi-lgi rata-rata pemain dalam skuad ini umur dalam lingkungan 18-20 tahun.

"Saya yakin dia akan gunapakai segala ilmu yang dimiliki ketika mengendali skuad muda negara untuk pasukan ini kearah yang lebih baik,” katanya.