Jeli mula dilanda banjir

Iklan
Seorang warga emas diselamatkan anggota bomba apabila rumahnya ditenggelami banjir di Kampung Baru, Jeli pada Khamis. - Foto ihsan JBPM

JELI - Beberapa kawasan di jajahan ini mula ditenggelami banjir susulan hujan lebat sejak malam Rabu.

Iklan
Iklan

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM, setakat jam 11 pagi menunjukkan lima buah pusat pemindahan sementara (PPS) sudah mula diaktifkan.

Lima PPS itu ialah Masjid Gemang; Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Dusun, SK Lubok Bongor, Pasti Bukit Lakota dan Dewan Orang Ramai Kesedar Sungai Satan.

Iklan

Bomba, Mohd Adnin Ibrahim berkata, pihaknya kini sedang melakukan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa di beberapa kawasan yang telah dilimpahi air Sungai Lanas dan Pergau.

"Pada pagi ini, kami telah menyelamatkan sebuah keluarga terperangkap di Kampung Baru, Jalan Malaysia iaitu melibatkan dua warga emas dan seorang orang kurang upaya (OKU)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, penduduk yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan supaya membuat persiapan awal dan berpindah segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan.