Ahli perniagaan disyaki dalang sindiket edar dadah

Iklan
Razarudin Husain

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang ahli perniagaan yang disyaki dalang dalam aktiviti pengedaran dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, suspek itu kini dipercayai berada di luar negara.

Iklan
Iklan

"Kita juga telah memaklumkan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk membantu mengesan suspek yang dipercayai berada di sebuah negara di Asia," katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.

Razarudin berkata, suspek berkenaan dipercayai menjalankan perniagaan yang sah dalam industri perhotelan dan perkapalan untuk menutup kegiatan pengedaran dadahnya.

Iklan

"Sebelum suspek melarikan diri dari negara ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah merampas kontena berisi dadah di Pelabuhan Klang pada tahun ini.

"Kita percaya dadah yang dirampas itu untuk diedarkan di utara Semenanjung Malaysia," katanya.

Iklan

Dalam perkembangan berasingan, Razarudin memaklumkan, sebanyak 279 sindiket berjaya ditumpaskan pada tahun ini dengan 1,147 ahli sindiket diberkas.

"Kebanyakan sindiket yang ditumpaskan adalah sindiket antarabangsa termasuk beberapa individu disyaki 'kingpin' ditahan,” katanya.