Projek pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus bernilai RM545 juta kini hampir siap dan sebahagiannya akan dibuka minggu hadapan.
Lebuhraya tersebut sepatutnya dibuka kepada orang awam Julai lalu seperti diumumkan sebelum ini.
Tetapi atas beberapa faktor menyebabkan projek berkenaan dilanjutkan berikutan hal teknikal membabitkan kerja tambahan selain kekangan akibat pandemik COVID-19.
Ia membabitkan pembinaan sambungan kepada Jalan Bukit Kukus dengan Lebuhraya Thean Teik dan Lebuh Bukit Jambul sepanjang lima KM.
Manakala sebahagian lagi adalah pembinaan pautan dari Jalan Bukit Kukus ke Jalan Tun Sardon (Tun Sardon Link) sepanjang 600 Meter.
Laluan tersebut dengan ketinggian 60 Meter dijangka menjadi lebuh raya paling tinggi di Malaysia selepas Jambatan Lebuhraya Rawang-Serendah atau Rawang Bypass iaitu 58.2 Meter. - Foto Bernama