PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM), menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bakal mengubah haluannya dengan meninggalkan BAM dan bergerak secara solo.
Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, beliau telah bercakap mengenai perkara tersebut dengan Zii Jiaa sendiri dan juara Seluruh England 2020 itu langsung tidak tahu apa-apa mengenai khabar angin tersebut.
Iklan
Iklan
"Saya sudah bercakap dengan Zii Jia dan dia langsung tidak tahu mengenai khabar angin yang mengatakan dirinya akan keluar dari BAM.
"Keazaman dan wawasannya kini masih sama adalah untuk terus mengetuai skuad perseorangan lelaki negara selain akan fokus 100 peratus pada sukan olimpik Paris 2024,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Terdahulu, timbul khabar angin yang mengatakan bahawa pemain berusia 23 tahun akan keluar dari BAM kerana memerlukan perubahan yang mampu mengembalikan semula rentak terbaiknya sebelum ini.
Difahamkan terdapat tawaran lumayan melibatkan penajaan sebanyak RM4 juta bagi membiayai perjalanan profesional Zii Jia, sekiranya dia meninggalkan BAM.
Artikel Berkaitan