Pacuan empat roda dilaporkan hilang di pusat servis

Iklan

KUALA LUMPUR - Sebuah kenderaan pacuan empat roda dilaporkan hilang di pusat servis kenderaan di Sungai Penchala Off Jalan Damansara, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 47 tahun berhubung kehilangan sebuah kenderaan jenis Ford Ranger pada jam 11.59 pagi.

Iklan
Iklan

"Kenderaan itu adalah milik pelanggan dan kali terakhir ia dilihat pada jam 7 petang Selasa dalam keadaan baik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Amihizam berkata, pengadu telah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati dua suspek menaiki sebuah motokar jenis BMW disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Iklan

"Kenderaan yang hilang itu didaftarkan atas nama seorang pelanggan lelaki berusia 60 tahun yang telah menghantar kenderaan miliknya ke pusat servis berkenaan pada Ahad untuk pemeriksaan pintu. Nilai kerugian lebih kurang RM150,000," katanya.

Amihizam berkata, pihaknya sedang berusaha mengenal pasti suspek yang mungkin terlibat dalam kes ini.

Iklan

"Saksi bebas yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh hadir ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.