Sidang Dun: Kerajaan negeri bina pusat pemulihan, hospital

Iklan
A Sivanesan

IPOH – Empat lokasi dikenal pasti bagi membina pusat pemulihan dan hospital khas untuk kemudahan pesara kerajaan.

Exco Kerajaan Negeri, A Sivanesan (DAP-Sungkai) berkata, pusat pemulihan bertujuan memberikan rawatan kepada pesara kerajaan terutama yang mengalami strok dan rawatan dialisis.

Iklan
Iklan

Menurut Sivanesan, pusat pemulihan yang dianggarkan RM500 juta akan dikenal pasti oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

"Sebagai makluman, pihak Cuepacs sedia maklum Ipoh dan Taiping dikenal pasti sebagai tempat paling pesara terutamanya bagi penjawat di negara ini.

Iklan

"Pada asalnya, pusat ini dicadangkan dibina di Pulau Pinang, tetapi Ipoh dipilih. Dengan ini, ada dua pusat pemulihan ini. Bagi kawasan selatan, di Melaka dan di kawasan utara di Ipoh,” katanya.

Sivanesan berkata demikian pada sidang media sempena Sidang Dun Perak, hari ini.

Iklan