KUALA LUMPUR - Sebanyak 20 kaunter dan 40 petugas telah ditempatkan di bangunan Satelit C25, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk membantu proses pemakaian peranti pengesanan digital bagi individu yang pulang menunaikan umrah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jangka masa yang diambil bagi saringan kesihatan dan pemakaian peranti pengesanan digital edgenta itu mengambil masa sejam 20 minit.